Apa itu lemak trans?
Rasanya tak lengkap kalau tak cerita sikit pasal penggunaan lemak dalam industri makanan sehingga terbitnya lemak trans ini.
Pada zaman dahulu, lemak tepu/pejal (saturated fat) dimasukkan ke dalam ramuan membuat BISKUT, KEK & ROTI supaya ia lebih sedap dan tahan lama. Lemak tepu ini datangnya dari haiwan. Di Barat lemak tepu yang paling popular (kerana murah) ialah lemak babi (lard). Ciri penting pada lemak tepu ialah ia membeku (separa pejal) pada suhu bilik, ciri inilah yang membuat ia segar lebih lama, tak mudah tengik.
Tapi oleh kerana lemak babi (dan lemak haiwan amnya) penuh dengan kolesterol mereka terpaksa cari alternatif yang lebih sihat. Maka lahirlah proses hydrogenation iaitu proses untuk memejalkan minyak sayuran cair supaya memiliki ciri separa pejal seperti lemak tepu. Produk yang terhasil inilah yang dipanggil lemak trans* -lemak yang separa pejal, murah dan tiada kolesterol. Sangat sesuai untuk industri makanan dan menyihatkan! (kononnya).
*lemak trans terhasil dengan proses partial hydrogenation. Proses complete hydrogenation tak menghasilkan lemak trans tapi lemak yang dihasilkan terlalu keras.
Bahaya lemak trans
Kenapa lemak trans bahaya? Ia bahaya kerana ia tidak semulajadi. Secara fizikalnya ia nampak macan lemak tepu, tapi badan kita tak mampu mencernanya sebagaimana lemak tepu kerana struktur molekulnya berbeza dari lemak tepu.
Sedutan dari website PSA Rising mengenai lemak trans:
Brian Olshansky, M.D., a cardiologist and University of Iowa Health Care professor of internal medicine, ‘involves putting hydrogen atoms in the wrong place. It’s like making a plastic.’
‘The problem with trans fatty acids is that your body doesn’t know what to do with them,’ Olshansky said in a press release in 2003 which we carried on this page. ‘Trans fatty acids may help preserve food so that it tastes good, but your body can’t break them down and use them correctly,’ Olshansky said. ‘Normal fats are very supple and pliable, but the trans fatty acid is a stiff fat that can build up in the body and create havoc.
Lemak trans lebih bahaya dari lemak haiwan tepu, sedangkan tujuan asalnya ialah sebagai alternatif yang lebih sihat kepada lemak tepu yang bahaya tersebut. Dah banyak kajian dibuat dan bahaya lemak trans sudah tidak boleh disangkal lagi.
Lemak trans meningkatkan kolesterol jahat LDL dan mengurangkan kolesterol baik HDL. Ia menyumbat arteri, meningkatkan risiko penyakit jantung, strok. Ia juga dikatakan menyebabkab kanser dan kencing manis.
Pertubuhan Makanan dan Pertanian PBB dan WHO (World Health Organization)menggesa lemak trans disingkirkan terus dari makanan awam.
Makanan yang mengandungi lemak trans.
(Iniey Zakaria kena ambil perhatian kat bahagian ni)
Lemak trans ada di mana-mana. Kalau makanan itu diproses kemungkinan besar ia mengandungi lemak trans -marjerin, susu bayi, biskut, roti, kek, kopi premix, makanan segera (kentang goreng direndam di dalam lemak trans sebelum digoreng, minyak gorengan dicampur lemak trans supaya tahan lama), makanan beku, donut, cookies, potato chips, pastri, sos, salad dressing, krimer bukan tenusu.
Apa yang kita boleh lakukan?
Sebelum beli baca dulu, di dua tempat berbeza pada bungkusan makanan tersebut:
1.Ramuan -semak samada wujud minyak sayuran terhidrogen (hydogenated vegetable oil), minyak sayuran separa terhidrogen (partially hydogenated vegetable oil), lelemak sayuran (vegetable shortening), marjerin. Ada yang berselindung disebalik nama minyak sayur, minyak sawit dan sebagainya.
2.Maklumat pemakanan -kandungan lemak dan pecahannya, lemak tepu (saturated fat), lemak mono tak tepu (monounsaturated fat), lemak poli tak tepu (polyunsaturated fat) dan lemak trans (trans fat). Bagi makanan berasal dari USA “0g trans fat” atau “trans fat free” tidak bermakna tiada langsung lemak trans. Ia hanya bermakna lemak transnya kurang dari 0.5g bagi setiap serving.
Kalaupun ramuan di atas tiada di dalam label makanan yang anda nak beli, itu tak semestinya tidak wujud lemak trans dalam makanan tersebut. Undang-undang pelabelan makanan (dan penguatkuasaan) di Malaysia taklah strict sangat jadi tak susah untuk pengilang mengelak dari menyenaraikan kandungan sebenar produk mereka. Dan banyak juga pengilang yang tipu, logo halal orang boleh tipu, inikan pula benda “kecik” macam ini.
Masa tahun 80an, partially hydrogenated vegetable oil popular sebab ia dianggap menyihatkan. Tak sangka yang dianggap hero itu rupanya penjahat nombor satu dan namanya lemak trans! Ia lebih ganas dari segala lemak-lemak penjahat yang ada samada dari haiwan atau tumbuhan.
Masa mengubah segalanya kan?
Ingat, dan semak dulu sebelum beli, dan katakan tidak kepada lemak trans!