Ni ada liputan pasal kes gambar dalam blog kita ni. Pasal si anu tu yang gambar dia menguap pernah aku dipaparkandalam blog ni. Bila kes blog ni tiba-tiba panas dua tiga hari lepas dia ada jumpa aku, cerita dia macm ni, dia datang kat studio kata nak pinjam dust (serbuk yang berkilat-kilat tu) masa tu aku tengah baca akhbar, boss aku, Mizi pun ada. Si anu tu cakap "saya mahu dust sikit... ada ke?" pastu Mizi kata ada so Mizi gi ambik dust tu, masa tu aku pun pandang dia, masa tu si anu tu cakap "apsal you taruk gambar kita dalam internet? kita leader tau..." aku pun jawab " alah aku dah padamlah gambar tu". Lepas tu dia ambil plastik serbuk dust tu dan terus belah. Kalau korang tak caya korang boleh rujuk dengan boss aku, macam tu pendek je perbualan aku dengan si anu tu. Tapi petang semalam ada sorang mamat dari cawangan C.I.A. suku sakat dari pecahan F.B.I tingkat 8 jumpa aku, dia tanya aku, si anu tu ada datang jumpa aku tak? Aku cakap ada. Dia tanya aku si anu tu cakap apa pasal gambar dalam blog tu... aku berseloroh "dia cakap blog tu bagus hahah" pastu dia tanya lagi "dia tak fuck engkau?" oooooh! Kalau macam tu cerita yang tersebar kat luar (ye ke) takkan dia pergi cerita kat semua orang yang dia datang jumpa fuck aku (boleh membawa maksud dia tiau aku kaw-kaw lah tu) padahal perbualan aku dengan dia lebih pendek dari pantun 2 kerat je. Tak kisah lah mungkin dia nak jaga kredibiliti dia kat orang lain, mungkin cara tu dia boleh gain "respect".Takpelah kalau macam tu, aku sebenarnya takde hard feeling dengan si anu tu. Masa aku ambil gambar dia menguap dulu pun secara terang-terangan, lepas ambil dia siap tengok balik gambar tu dalam handphone aku sambil gelak-gelak pastu siap bluetooth kat Roslen lagi. Nak dijadikan cerita lepas beberapa bulan bila ada member F.B.I. tingkat 8 dan I.S.A tingkat 3M tengok jadi isu pulak. Yalah I.S.A. ada kuasa mutlak, mahkamah pun tak leh lawan. Kalau F.B.I memang diorang nak berlagak hero. Berbalik pada cerita tadi, bila dah I.S.A dah melatah, maka si anu tadi ni mula rasakredibiliti dia tercabar lah, okaylah bro, untuk tidak mengeruhkan keadaan gua minta maaf dengan lu pasal gambar tu. Berbalik pada gambar tu, ia cuma gambar orang menguap je, bukan tidur ke apa ke. Lagipun takkan orang lain tak menguap kat tempat kerja? Takkan kat tempat kerja sampai menguap pun jadi kesalahan? Huissh biar betuL? Tahu tak korang P.M kita pun ada menguaplah, siap ada video kat dalam youtube, korang tak caya boleh gi cari tengok sendiri. Tapi menguap tu biasalah, aku berani kata kalau seratus orang pekerja mesti seratus orang tu pernah menguap kat tempat kerja, termasuklah bossnya sekali. Tak caya potong ayamlah! Orang yang buat kecoh pasal menguap tu memang saja nak cari publisiti murahan. Kalau artis tu memang gila glamerlah! Apa punya oranglah, takde kemaluan betul !! Tak payah lah nak komen pasal tu, simpan je air liur tu buat enakkan tidur malam kalian. Hang nak komen pasal apa? Menguap jelah, banyak lagi kes besar boleh kau komen, buka mata, buka telinga, jangan tahu buka mulut saja. Haah! Jangan nak melawan cakap aku, kat dalam blog ni aku boss, lantaklah kalau kau boss kat department kau, kat blog ni power kau mati walaupun tadi kau minum kopi Super Power ke Power Roots ke... tahu? Tahu tak? Jangan nak cari pasal.... nak cakap pasal imej la bla bla bla... kau tengok cermin lah, apa sangat imej yang kau bawak tu. Ada ke dia kata blog ni bawa imej buruk kat sini. Dia ingat siapa yang tengok blog ni? Donald Trump ke?Atau Menteri Penerangan? Alamak Tok Batin kampung orang asli Gombak pun tak tengok blog ni, kalau dia tengok pun dia akan kata "Apai Pedulik Hapak". Takde orang nak kisahlah blog macam ni, ni bukan blog Malaysian Today ke atau blog chedet.com (Mahathir). Dan jangan over actinglah kalau ada orang luar tengok tempat ni akan kena bom ke?Waraskan fikiran anda wahai pengkritik yang tak suka duduk diam! Okaylah bulan-bulan Syawal yang mulia ni tak baik aku dok kecam orang sana orang sini, kecam, kecam jugak tapi pastu kena minta maaf balik, hehehe maafkan kalau terkasar bahasa (memang pun), kalau tak maafkan tak baik tau!Okay bye bye tata titi tutu!
Tepuk dada tanya selera
Tepuk dada tanya selera
Tiada ulasan:
Catat Ulasan