Selasa, 28 Disember 2010

Aktiviti Sahabat di Hulu Yam

Aktiviti Sahabat Siber Kelate sempena mempromosikan produk VCO Fitrah di Hulu Yam. Walaupun beberapa sahabat terpaksa menarik diri pada saat-saat akhir, aktiviti telah diadakan dengan jayanya. Diharap dapat bersama lagi sahabat-sahabat lain seperti Rah, Abemat, Abeyus & Muiz serta rakan-rakan baru yang lain di program akan datang.
Ahli termudo kito, Esya dengan suko sakannyo dio main air... basoh jeruk.
Penghargaan yang tak terhingga kepada En. Samsuri kito a.k.a Pok Abu kerana banyak mencurahkan keringat untuk memastikan program nin berjalan lancar.
Inilah hasilnya... setelah selesainya program berkeloh kito, sessi bergambar beramai-ramai.
Ini dia baju tema kito untuk kali ni... sempena mempromosikan produk VCO Fitrah. Terima kasih kepada sponsor kito Abemat, semoga perniagaan terus berjaya, kito ahli-ahli sahabat ni cubalah membantu sedaya upaya dari segi promosi tu. Ucapan terima kasih jugok kepada Pengerusi Majlis, Cikniey kito yang banyok bersusoh payoh & memerah otok untuk program ni. Tak terlupa juga ucapan terimo kasih kepada Cikla atah sponsor makane-makane bakar tu serta jem stoberi yang sedap hingga menjilat ibu jari kaki.

Rabu, 22 Disember 2010

Produk Kelapa Dara Hebat

Antara Sahabat Siber VCO Fitrah
Produk Kelapa Dara Hebat dari Kelantan

KAMPUNG JOH – Peserta Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani anjuran Jabatan Pertanian Jajahan Machang, Mohamad Omar, 48, kini berjaya melebarkan perniagaan ‘Minyak Kelapa Dara Fitrah’ dan ‘Sabun Kelapa Dara Fitrah’ hasil usahanya ke seluruh Malaysia.

Beliau berkata, setakat ini terdapat lebih 50 pengedar seluruh Malaysia yang aktif dan sentiasa meminta bekalan pada setiap bulan selain pengedar sambilan tempatan dan di luar negeri Kelantan yang membuat tempahan secara berkala.

“Kejayaan ini hasil pembiayaan dan bimbingan Jabatan Pertanian Jajahan Machang sejak dua tahun lalu.

“Sebelum mengeluarkan produk ini, saya menyertai projek pertanian cili Kulai dan kemudiannya beralih kepada pengeluar produk serbuk halia dan serbuk kunyit serta santan, namun tidak bertahan lama kerana bersaing dengan syarikat besar hingga sukar menembusi pasaran luar Machang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, minyak kelapa dara yang dikeluarkan seratus peratus minyak kelapa Bio Asli dan dibuat secara tradisional sebagai makanan kesihatan bermula tahun 2009, kini satu lagi produk baru berupa sabun untuk rawatan penyakit kulit, kelemumur dan kutu rambut.

Menurutnya, kedua-dua produk itu mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia terutama dari Kuala Lumpur, Seremban, Perak, Johor dan Sarawak.

“Sabun Kelapa Dara Fitrah yang dijual dengan harga RM5 seunit itu biasanya ditempah melebihi RM400 bagi setiap pengedar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad berkata, sejak menjadi pengeluar produk itu, dia diundang Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Machang menyertai ekspo dan pameran diadakan di seluruh negara termasuk MAHA di Kuala Lumpur dan Ekspo Cheng Ho, di Kota Bharu, baru-baru ini.

“Saya tidak menghadapi masalah dalam pengeluaran produk ini kerana sentiasa dibantu isteri (Norma Che Soh) dan anak-anak ketika mereka tidak bersekolah.

“Kepada sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk boleh layari laman web www.joh-industeries.blogspot.com atau facebook, fitrahbumi@gmail.com),” katanya yang mengeluarkan produknya di Medan Pupuk Niaga, Jalan Joh, Labok, Machang

http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story8545827.asp

Ahad, 19 Disember 2010

Mitos & Sains Tentang Mata


Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan

Penyakit glaukoma disebabkan oleh meningkatnya tekanan di dalam bola mata. Penyebabnya pelbagai. Ada kes disebabkan oleh faktor genetik, sehingga sistem saliran cecair di dalam bola mata tersumbat dan pengaliran keluar cecair berkenaan tidak cekap. Kes2 bukan genetik biasanya disebabkan oleh gangguan kanta mata, katarak yang sudah matang, komplikasi selepas surgeri mata, uveitis dan sebagainya..

Meningginya tekanan bola mata tidak ada hubungannya dengan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami hipertensi tidak semestinya mempunyai tekanan bola mata yang tinggi. Individu yang mengalami tekan darah rendah (hipotension) juga dilaporkan mempunyai kes glaukoma...

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi. Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

¦Tekanan (Stress)
¦Kelesuan (Tiredness)
¦Ketegangan Mata (Eyestrain)
¦Kafein (Caffein)
¦Alkohol (Alcohol)
¦Kekeringan Mata (Dry Eyes)
¦Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
¦Alergi (Allergies)

Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX
Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup. Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.