Rabu, 22 Disember 2010

Produk Kelapa Dara Hebat

Antara Sahabat Siber VCO Fitrah
Produk Kelapa Dara Hebat dari Kelantan

KAMPUNG JOH – Peserta Program Mempelbagai dan Menambah Pendapatan Petani anjuran Jabatan Pertanian Jajahan Machang, Mohamad Omar, 48, kini berjaya melebarkan perniagaan ‘Minyak Kelapa Dara Fitrah’ dan ‘Sabun Kelapa Dara Fitrah’ hasil usahanya ke seluruh Malaysia.

Beliau berkata, setakat ini terdapat lebih 50 pengedar seluruh Malaysia yang aktif dan sentiasa meminta bekalan pada setiap bulan selain pengedar sambilan tempatan dan di luar negeri Kelantan yang membuat tempahan secara berkala.

“Kejayaan ini hasil pembiayaan dan bimbingan Jabatan Pertanian Jajahan Machang sejak dua tahun lalu.

“Sebelum mengeluarkan produk ini, saya menyertai projek pertanian cili Kulai dan kemudiannya beralih kepada pengeluar produk serbuk halia dan serbuk kunyit serta santan, namun tidak bertahan lama kerana bersaing dengan syarikat besar hingga sukar menembusi pasaran luar Machang,” katanya di sini, semalam.

Beliau berkata, minyak kelapa dara yang dikeluarkan seratus peratus minyak kelapa Bio Asli dan dibuat secara tradisional sebagai makanan kesihatan bermula tahun 2009, kini satu lagi produk baru berupa sabun untuk rawatan penyakit kulit, kelemumur dan kutu rambut.

Menurutnya, kedua-dua produk itu mendapat permintaan tinggi di seluruh Malaysia terutama dari Kuala Lumpur, Seremban, Perak, Johor dan Sarawak.

“Sabun Kelapa Dara Fitrah yang dijual dengan harga RM5 seunit itu biasanya ditempah melebihi RM400 bagi setiap pengedar,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohamad berkata, sejak menjadi pengeluar produk itu, dia diundang Jabatan Pertanian dan Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Machang menyertai ekspo dan pameran diadakan di seluruh negara termasuk MAHA di Kuala Lumpur dan Ekspo Cheng Ho, di Kota Bharu, baru-baru ini.

“Saya tidak menghadapi masalah dalam pengeluaran produk ini kerana sentiasa dibantu isteri (Norma Che Soh) dan anak-anak ketika mereka tidak bersekolah.

“Kepada sesiapa yang mahu mengetahui lebih lanjut mengenai produk boleh layari laman web www.joh-industeries.blogspot.com atau facebook, fitrahbumi@gmail.com),” katanya yang mengeluarkan produknya di Medan Pupuk Niaga, Jalan Joh, Labok, Machang

http://www.sinarharian.com.my/sh/kelantan/content/story8545827.asp

1 ulasan:

KERABAT (EX SERVICES) berkata...

Saya MUHAMMAD BIN OMAR selaku owner Syarikat Karisma Berkat Enterprise mengalu alu para SAHABAT SIBER KELATE (SSK) menjadi pengguna utama produk kawe dengan tawaran harga yang minimum supaya rakan2 dapat menggunakan produk2 saya sepanjang masa dan seandainya rakan2 mahu kongsi perniaagaan saya amat mengalu alukan supaya memudahkan bagi saya memberi alamat atau tepon kepada bakal pengguna yg. selalu bertanya kat mana nk dapatkan produk ini. Harga pengedar boleh dirunding se maksimum mungkin. Usah risau dengan permintaan sangat2. menggalakan. SEANDAINYA PRODUK INI TAK TERJUAL(DOK SEBEK) SAYA SEDIA MEMBELI BALIK DENGAN HARGA ASAL.