Ahad, 19 Disember 2010

Mitos & Sains Tentang Mata


Jika ekor mata kanan bergerak-gerak menandakan anda akan melihat orang yang jauh dan jika ekor mata kiri bergerak-gerak alamatnya anda akan mendapat sakit seperti demam atau penyakit-penyakit ringgan

Penyakit glaukoma disebabkan oleh meningkatnya tekanan di dalam bola mata. Penyebabnya pelbagai. Ada kes disebabkan oleh faktor genetik, sehingga sistem saliran cecair di dalam bola mata tersumbat dan pengaliran keluar cecair berkenaan tidak cekap. Kes2 bukan genetik biasanya disebabkan oleh gangguan kanta mata, katarak yang sudah matang, komplikasi selepas surgeri mata, uveitis dan sebagainya..

Meningginya tekanan bola mata tidak ada hubungannya dengan tekanan darah tinggi. Individu yang mengalami hipertensi tidak semestinya mempunyai tekanan bola mata yang tinggi. Individu yang mengalami tekan darah rendah (hipotension) juga dilaporkan mempunyai kes glaukoma...

Fenomena ini sebenarnya dipanggil dalam bahasa perubatan sebagai Myokymia. Untuk menyelesaikan masalah eye twitching ini, kita lihat dahulu punca-punca yang menyebabkan masalah ini terjadi. Punca-punca yang dikenalpasti adalah seperti berikut:

¦Tekanan (Stress)
¦Kelesuan (Tiredness)
¦Ketegangan Mata (Eyestrain)
¦Kafein (Caffein)
¦Alkohol (Alcohol)
¦Kekeringan Mata (Dry Eyes)
¦Ketidakseimbangan Nutrisi (Nutritional Imbalance)
¦Alergi (Allergies)

Secara umumnya, eye twitching adalah tidak merbahaya kepada pengidapnya memandangkan sifatnya adalah benign (tidak merebak). Walaubagaimanapun, eye twitching merupakan masalah yang agak sukar diubati jika penyebabnya tidak dapat diketahui secara jelas.

1. Tekanan: Semasa tubuh badan berada di dalam keadaan yang tertekan, reaksi tubuh adalah berbeza-beza. Salah satu tandanya ialah eye twitching terutamanya berkaitan dengan ketegangan mata. Mengurangkan punca tekanan tersebut berupaya mengurangkan eye twitching.

2. Kelesuan: Kekurangan tidur, sama ada disebabkan tekanan atau sebab-sebab lain mampu menyumbang kepada kekejangan kelopak mata. Tidur yang mencukupi dapat menyelesaikan masalah tersebut.

3. Ketegangan Mata: Berkaitan dengan tekanan pada penglihatan terutama kuasa mata yang sudah berubah dari kuasa kacamata dan memerlukan gantian kuasa yang baru. Mata akan bekerja dengan lebih kuat dalam keadaan tertekan akan menyebabkan eye twitching. Oleh itu, anda disarankan untuk menjalankan pemeriksaan mata dan mendapatkan kuasa kacamata yang baru.

Penggunaan komputer pada jangka masa yang lama juga mampu menyebabkan masalah ini. Jika anda terpaksa bekerja di hadapan komputer pada jangka masa yang lama, anda dicadangkan untuk memakai kacamata khusus untuk pengguna komputer.

4. Kafein dan Alkohol: Kebanyakan pakar percaya bahawa mengambil kafein dan/atau alkohol yang berlebihan akan menyebabkan masalah eye twitching. Jika pengambilan adalah berlebihan, cuba untuk kurangkan dan untuk muslim pula, perlu ke untuk ambil alkohol?

5. Kekeringan Mata: Lebih daripada separuh golongan warga tua mempunyai masalah mata kering. Selain itu, masalah mata kering juga sering terjadi kepada pengguna komputer, pengambil ubat (antihistamin, antidepressant dll) dan pemakai kanta sentuh. Anda yang mempunyai masalah ini boleh menggunakan beberapa medikasi yang sesuai untuk mengurangkan masalah mata kering.

6. Ketidakseimbangan Nutrisi: Beberapa laporan mengatakan kekurangan nutrisi seperti magnesium akan menyebabkan masalah eye twitching. Walaubagaimanapun laporan-laporan tersebut tidak dibuktikan secara saintifik. Oleh itu, sebelum anda mengambil sebarang makanan tambahan atau vitamin, sila rujuk dengan pakar pemakanan terlebih dahulu.

7. Alergi: Mereka yang mempunyai masalah alergi akan mengalami simptom seperti gatal, bengkak dan mata berair. Jika mata tersebut digosok, akan menyebabkan pembebasan histamin pada tisu dan air mata. Histamin boleh mengakibatkan eye twitching.

Untuk menyelasaikan masalah ini, ubat titis mata atau tablet antihistamin boleh digunakan untuk mengurangkan eye twitching. Walaubagaimanapun diingatkan antihistamin akan menyebabkan mata kering. Oleh itu, cuba dapatkan nasihat doktor sebelum mengambil sebarang antihistamin.

BOTOX
Botox!? Seperti yang kita tahu sebelum ni, Botox digunakan untuk hilangkan kedut-kedut di muka sahaja. Ramai artis yang guna teknik short-cut ini dan terima kasih kepada mereka yang memperkenalkan perkataan botox kepada umum sehingga menjadi fenomena kecantikan pula. Macam duta tak berbayar pula yek..hihihihi..

Sebenarnya kegunaan Botox di dalam perubatan adalah sangat meluas dan bukan hanya untuk menghilangkan kedut-kedut tua tu sahaja. Untuk kes-kes yang sangat jarang berlaku dan eye twitching "extreme", suntikan Botox akan digunakan.

Suntikan ini akan digunakan jika twitching tersebut melibatkan separuh muka atau keseluruhan mata sehingga menyebabkan mata tertutup. Tindakan Botox adalah menghentikan kontraksi otot di muka seterusnya mengelakkan eye twitching.

Tiada ulasan: